21 May 2012

Naturactor

Assalamualaikum semua. 
Dah lama tak buat review. Jadi, hari ni Irine nak buat review sedikit salah satu foundation menjadi favourite Irine. Irine rasa ramai yang dah pernah dengar Naturactor kan? Salah satu rahsia and foundation yang ramai make up artist guna sekarang. 

Bagi yang tak pernah dengar produk ni pulak, ok Irine boleh explainkan ape yang bestnyaaa naturactor ni. Dulu kalau nak diikutkan, cerewet jugaklah nak carik foundation ape yang boleh tahan lama dekat muka, dan yang sangat2 penting tak cepat berminyak! Tu yang paling penting, sebab muka irine memang jenis yang berminyak. 





Apa yang boleh Irine cakap tentang Naturactor ni ialah, TAHAN LAMA, MUDAH & HEBAT! 
Kenapa irine boleh cakap hebat? Salah satu sebabnye, naturactor ni masa awal-awal Irine beli sebab nak tutup bekas-bekas jerawat yang naik dekat muka. 

Bekas-bekas jerawat macam parut ke or whatever. Kalau foundation yang cair tu dia dapat tutup sikit je, then bile dah lama, akan cair and nampak semula bekas jerawat. Sebab tu Irine paling tak suka kalau tengok foundation bentuk cecair. huhu. Tapi, kalau dengan naturactor ni, ia ringan dan lembut, senang nak sapukan dekat muka. 

Naturactor ni macam bedak asas la jugak, guna sikit je dah cukup. Dan yang paling Irine suka tentang naturactor ni, ianya boleh tahan hampir setahun kot! Nampak je bekas kecik, tapi kalau hari2 guna pon, memang lambat. trust me! Tu berdasarkan pengalaman irine pakai hari-hari and pengalaman kawan-kawan yang pernah guna jugak naturactor ni. Eh cop, jangan risau tau, bedak asas naturactor ni memang boleh guna hari-hari and kalau nak guna pegi mana-mana pon x kisah. Tak jadi masalah kalau nak sapu menggunakan jari atau kalau nak nampak rata and naturactor tu blend dengan kulit muka, guna sponge lagi better ^^ Senang jugak nak basuh muka after dah guna naturactor ni.



Naturactor ni ada banyak code tau. Please make sure korang jangan tersalah pilih code. Nanti takut tak sesuai dengan warna kulit korang. Irine bagi panduan untuk korang sendiri pilih k.



Macam Irine sendiri pakai, Irine pilih code 151 sebab jenis kulit sawo matang. tak putih and tak gelap. Tapi Irine jugak boleh pakai code 141. 151 and 141 memang sesuai utk kulit sawo matang Tengah-tengah! hihihi. Code colour yang popular ialah antara code 151 & 141 and tu ramai yang pakai and beli sebab boleh dikatakan macam colour universal sebab ianya sesuai dengan setiap jenis kulit. 

Ok untuk memudahkan you all nak tentukan kulit muka sesuai dengan colour ape, boleh tengok contoh kulit muka kat gambar bawah ni.


Code 130- Very Fair (pinky tone) Macam kulit Sofia Jane ni


Code 140 - Fair (yellow tone) macam kulit Rossa ni



Code 141 - Natural/beige . Macam kulit Bunga Citra Lestari



Code 151- tanned brown. Macam kulit Fasha Sanda yang tak berapa nak putih dan tak berapa nak gelap.hihihi



Code 152- Kulit hitam manis macam Nurul. dark skin.


Perkara yang paling penting untuk korang tau, naturactor ni ada yang jenis ori dan ada yang jenis tiruan. Jangan risau, Irine sendiri mendapatkan naturactor ni dari supplier yang jual product ori bukan tiruan :)




Perbezaan cream foundation naturactor original and tiruan. Irine jual yang ori sahaja ok :)


Jom tengok ape lagi kelebihan naturator ni
  • Anti Kilauan/ tidak berminyak
  • 100% menutupi pigmentasi, parut, cela, bekas jerawat, & noda hitam
  • Melindungi kulit dari sinar uv
  • Senang digunakan, cepat & yg penting tak melekit!!
  • Tahan lama sehingga 12 jam dan satu bekas boleh tahan hampir setahun untuk habiskan. Pakai sikit pon dah cukup sebab texture dia memang dah padat.
  • Tidak menutup pori-pori
  • Digunakan oleh makeup artist sendiri
  • Kulit terasa ringan, gebu & hasil solekan akan nampak flawless dan natural
  • Bau dia best. takde bau2 pelik macam ada sesetengah foundation yang lain
  • Senang nak bawak pegi mana-mana sebab bekas dia mudah and ringan dbawa.


Anyone yang interested? 
Kali ni, you all boleh dapatkan Naturactor ni dengan Irine :)

RM45 only

Thank You!


0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates